
|
:: luahan hati ::
Wednesday, 2 May 2012 ❖ 00:24 | 0 Comment [s]
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata . Cinta bagaikan bintang di langit sana . Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya .
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja . Kenapa ? Kerana cinta itu adalah hak kita . Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu ! Itu peraturan pertama bercinta !
Cinta hanya satu perasaan . Jika diupam rasa , sarat emosi , maka bersemi , mekar dan rendanglah ia . Tetapi , jika diabaikan, dibiarkan , pasti akan layu dan kekeringan . Cinta tidak lebih hanya satu perasaan . Jika salah kendali , bisa jadi penyakit .
Tuhan tahu rasa hati kita . Tuhan dengar keluhan kita . Kalau kita tak lupa dia , dia tak lupa kita . Di tangan dia ada ‘ kunci ’ . Dan , kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak .
Kadang-kadang , kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya . Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain , yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai . .
|
![]() Assalamualaikum.nurul fakirah here .19 y/o . study at AUCMS kepala batas.be nice here HARSH words not allow Alang-alang dah masuk tu silalah follow . ![]() ![]() ![]() ![]() |